
Lapan kaedah memahami sunnah
· Memahami sunnah dengan tuntutan al-quran
· Mengumpulkan hadis-hadis yang menimbulkan masaalah yang sama
· Jama’ dan tarjih mengumpulkan hadis-hadis yang bertentangan (yang tidak sahih)
· Mengetahui nasikh dan masukh sesuatu hadis
· Mengetahui asbaabul wuruud hadis
· Mengetahui ghariibul hadis (perkataan yang susah di fahami pada teks hadis)
· Memahami sunnah sepertimana yang di fahami rasulullah s.a.w
· Merujuk kitab-kitab syarah hadis
Memahami sunnah dengan tuntutan al-quran
As sunnah nabawiyah adalah sumber hukum kedua dalam syariat islam yang menerangkan dengan terperinci isi kandungan al-quran. Al-quran dan hadis tidak dapat dipisahkan kerana ia saling menerangkan di antara satu sama lain.seandainya terdapat perbezaan diantara quran dan hadis,kemungkinan hadis tersebut tidak sahih atau kita sendiri tidak memahaminya.